Sekian lama aku meninggalkan suasana penulisan ini,
aku rindu untuk curahkan apa yang terbuku --
dimana semua rasa itu berantakan celarunya dilubuk hati sendiri.
Tiada siapa tsahu apa yang berada dipenghujung sanubari hati,
tiada siapa yang tahu bagaimana rasanya pabila semua perasaan dipendam,
disimpan,
ditutup rapi,
dilindung kemas,
kerna takut nanti disalah arti pada setiap bait yang dilontarkan.
Aku faham,
sesungguhnya jalan cerita yang aku pilih in bukan lah satu sejenis kebahagiaan yang aku bayangkan.
Barangkali, mungkin aku sahaja yang merasa asing.
Barangkali.
No comments:
Post a Comment