Sayang,
salam sembilan bulan bersama ya.
aku utuskan coretan minimal ini sambil mendengar alunan
lagu dari Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir.
"dalam dirimu penuh kelembutan
semakin hari namun semakin rindu
tapak tanganmu akan ku genggam
akan ku sentuh ketika sayu"
aku suka bahagian ni, seolah seolah lirik itu berbicara dengan aku.
tentang kau.
kau tahu apa aku paling suka pasal kau?
cara kau senyum,
cara kau bercakap dengan aku,
cara kau pujuk aku tatkala muram melanda,
cara kau ketawa dengan telatah bodoh aku,
cara kau pandang aku sorok - sorok,
cara kau sayang aku ---
aku suka semua tu, sayang.
setiap perkataan yang kau pernah tuturkan,
setiap senyum yang kau pernah lemparkan,
setiap tenungan yang kau pernah sisipkan,
setiap helaian rambut yang kau sisir ke belakang telinga kau,
setiap lirikan mata yang kau pernah beri,
setiap amarah kau yang kau pernah terpa kepada aku,
semuanya dalam kepala aku.
takda satu darinya yang pernah terlepas dari ingatan,
bahkan aku ada lebih lagi cuma tidak aku senaraikan,
takut tak cukup ruang.
cukup lah sekadar kau tahu,
yang sungguh,
aku memang sayang kan kau.
entri ini khas untuk kau,
khusus untuk menghargai kau,
walaupun mungkin ini nampak cliché dimata kau,
dan agak cringe bagi aku,
tapi aku cuba okay?
terlalu banyak perkara indah yang kau dah buat untuk aku,
tak terkira rasanya budi baik kau.
kadang terlintas di fikiran ---- macam mana aku boleh dapat orang sebaik kau?
apa aku buat atas dunia ni sampai aku kenal orang sebaik kau?
persoalan aku sedikit sebanyak terjawab.
aku suka betul tengok alis mata kau bila kau tidur,
aku suka tenung muka kau lama - lama
sebab aku rasa tenang bila kau ada.
bulu mata kau yang panjang - panjang tu,
seolah melambai - lambai kepada aku.
suara kau, cukup buat aku berkhayal seolah dunia ni aku punya,
lantas kau buka mulut sahaja,
ya dunia aku terhenti.
kau betul betul spesis "one of a kind".
aku bersyukur, bertemu hati dengan hati kau.
bersatu tenaga dengan tenaga kau,
berjalan seiring dengan kau,
bahu ke bahu.
aku sayang kau, sungguh - sungguh.
No comments:
Post a Comment