Empatpuluh sembilan.

Sedar tak sedar, sudah menjelang 2022. Masih terlalu banyak lagi benda yang aku belum capai, belum aku kejar dan tidak aku terkejarkan. Terlalu banyak benda yang perlu aku fikirkan, yang perlu aku rasa dan yang perlu aku utarakan. Tapi semuanya seperti tidak jatuh ke tempat yang sepatutnya, seperti yang aku rancang. 

Tidak jelas disini, kesemuanya tidak pergi seperti yang aku mahukan. 
Tidak jelas disini, kesemuanya tidak pergi seperti yang aku butuhkan. 
Tidak jelas disini, kesemuanya tidak mumpun kekal. 

Tahun 2021, 

Aku kehilangan beberapa orang yang aku sayang. 
Orang yang aku mumpun sanjung - serumpun sayangnya di dalam hati. Aku kirakan 2021 sudah memberi tamparan realiti yang keras buat aku, ternyata aku salah. Aku tahu yang aku bakal berkecil hati lagi di tahun mendatang - yakni tahun 2022.

Setara dengan apa yang mendatang, aku sedar yang aku tidak lagi sekuat dulu. Tidak lagi berada dalam fasa dimana aku tidak ambil peduli cakap cakap orang, tidak lagi kisah perihal ada atau tidak ada. Aku tidak lagi menjumpai diri aku berdiri atas satu garisan yang teguh - dimana semua benda berada dalam posisi yang aku inginkan. 

Hanya sekarang ini yang aku mahukan adalah sejenis kegembiraan. Kegembiraan dimana aku sendiri tidak perlu kejar, biarkan ia datang sendiri. Biarkan ia datang memeluk tubuh yang sunyi ini, biarkan ia sapu airmata aku tatkala ia jatuh dimasa aku sendiri tidak sadar. Aku mahukan sesuatu yang lebih, mudah bukan sulit. Aku mahukan sesuatu yang lebih indah tapi tidak menyukarkan. 

Tapi terkadang, yang mudah itu tidak mudah untuk datang. Dan yang tidak menyukarkan itu, tidak mudah untuk dicari. Diperlukan, tapi tidak dijumpai. Dimahukan, tetapi ia tidak mahu datang menyerah diri. Jenis rasa apa yang ada dalam kepala ini? Di setiap benak fikiran aku, jenis rasa apa kah yang sedang aku lihat? Jika diikutkan, aku tahu aku tidak berani merampas risiko itu. Walaupun aku tahu suatu masa dulu aku seseorang yang berani mati, tapi aku tidak lagi seperti itu. Seperti yang aku pernah tahu, aku pernah jadi seseorang yang kuat - yang tidak pernah toleh ke belakang. 

Sekarang? Tatkala aku berjalan, aku sering berhenti dan berpaling - malah berjalan ke belakang semua. Melihatkan setiap sisa kebodohan yang aku pernah alami, dan lakukan. Terpaling bodoh, pernah aku hidup dalam siksaan sanubari sendiri. 

Tolong aku Tuhan, aku takut. 

No comments:

Post a Comment