Salam lima tahun, duhai diari rahsia aku.
Terima kasih kerana selalu ada dikala aku sepi,
dikala aku sendirian,
dikala aku teringin menulis.
Entri kali ini mungkin berlainan, kerana disini hanya ingin aku coretkan sedikit kenangan bersama-sama dari awal aku dirikan diari rahsia aku ini.
Awalnya, aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku tulis dan apa yang aku boleh tulis disini.
Lama kelamaan, aku sadar yang menulis itu tidak perlu dirancang. Tidak perlu dilakar dulu ceritanya, menulis tu biar dari hati.
Aku suka berkarya, namun karya aku itu biar aku sahaja yang tahu.
Aku tidak perlu menjaja karya aku kesana-kemari kerana;
biar aku sendiri baca karya aku dan biar aku sendiri nilai karya aku.
Jujur,
karya aku tidaklah bagus mana. Cumanya, cukup buat aku bahagia bila aku baca semula.
Aku padankan semula cerita-cerita yang aku pernah tulis.
Dan aku akan bilang pada diri aku sendiri, "Wow, I did an amazing job!"
Sekali lagi, terima kasih duhai diari rahsia kerana sudi berkongsi tempat dengan aku dalam arena melorek perasaan. Sesungguhnya aku gembira, sungguh.
No comments:
Post a Comment