Empatpuluh satu.

Surat Cinta Untuk Sayang.


Hai sayang.
Sihat?
Mulanya, langsung tak tahu macam mana nak mula.
Mulanya, langsung ketandusan idea ingin menulis warkah kecil ini.
Namun,
aku gagahkan jua.
Menulis nukilan ini, buat tatapan mu
di hari mendatang.

Sayang,
terima kasih sebab hadir.
Terima kasih sebab mewujudkan rasa sayang ini.
Terima kasih juga kerana tanamkan rasa cinta dan semaikan kasih dalam sulaman sanubari.

Aku tahu,
banyak kurangnya aku dari segala segi.
Maaf, kerana tidak sempurna.
Cukup kau tahu, aku teramat sayang pada dirimu.
Aku ingin bilang pada ratusan orang,
bahwa kamu yang aku paling sayang.

Redup mata kau,
mampu mencairkan hati aku yang keras mendingin.
Senyum mu,
membuat aku yang sedar yang Tuhan itu Maha Kaya dalam mencipta hambaNya.

Terima kasih sayang,
sebab menyayangi aku.
Yang penuh dengan kekurangan.

No comments:

Post a Comment