Limabelas.

Pernah satu ketika dulu, 
tatkala bahagia dijanjikan
ditanam kemas dalam pelusuk jiwa
disemat elok dalam persisir hati.
dan pada masa itu juga, 
bertalu-talu rimbunan masalah datang menjenguk,
menghempas
melanggar
menolak
mengkucar-kacirkan
bahagia yang sedang menyulam diri. 

hanya dengan serembes kedukaan, 
mampu menukar hujan menjadi ribut
ribut menjadi taufan
banjir menjadi gersang
gersang menjadi kemarau. 
bila ditanya apakah mungkin bahagia itu dapat disulam kembali? 

jawapannya cukup ringkas. 
bisa disulam, 
sekiranya kedukaan itu rela mengundur diri, 
menarik balik segala bahana yang diturunkan
maka dengan itu bahagia akan kembali. 
pelan-pelan.