Empatbelas.

Aku duduk, 
menung tepi jendela. 
Renung apa yang lalu lalang sekitar situ. 
Kemudian aku sedar satu perkara. 
Aku selalu disakiti, 
hati ni selalu sangat dirobek,
dan aku tersentak. 

Tersentak kerana menyedari, 
orang yang menyakiti itu adalah seseorang yang pernah rapat
dan pernah kongsi bahagia suatu ketika dulu. 
Tatkala mereka terus menerus menyakiti, 
aku masih simpan satu ruang untuk mereka diami, 
dalam hati ini. 
Sebab aku tahu, 
sakit itu selalu tapi kejap-kejap. 

Aku jadi terbiasa, biasa sangat.