Hai si pengarang jantung.
Awak bakal meninggalkan saya tidak lama lagi.
Tak, hanya beberapa jam sahaja tinggal untuk kita.
Masa yang kita habiskan,
Sememangnya tidak cukup.
Tidak cukup untuk membina segunung memori.
Untuk awak bawa bersama-sama.
Hai si pengarang jantung.
Hai si pengarang jantung.
Hai si pengarang jantung.
Hai si pengarang jantung,
Aku bakal merinduimu.
Merindui si pengarang jantung yang selalu disisi sepanjang hari.
Si pengarang jantung yang tidak pernah bosan dengan sikapku.
Si pengarang jantung yang tahu bagaimana untuk mematahkan baranku.
Si pengarang jantung yang selalu buat aku tersenyum.
Jaga dirimu baik-baik.
Aku tiada disana untuk menjagamu.
Aku tiada disana untuk melihatmu.
Aku tiada disana untuk menatap perilaku comelmu tiap hari.
Kita bakal berjauhan kelak.
Kita bakal diuji dengan berbagai ujian.
Moga engkau dan aku tabah.
Kenang aku dalam setiap doamu.
Terima kasih untuk segala-galanya.
Terima kasih kerana berada disisiku walaupun hanya sekejap.
Terima kasih kerana menyokong aku.
Terima kasih untuk memori yang cukup indah.
Yang sedang mengesat airmata,
Aku.