Dua.

"Terkadang apa yang kau rasa, aku juga rasa sebab kita pernah kongsi sama rasa tu dulu." 


Bila aku utarakan balik bait ayat itu, 
Aku hela nafas panjang, 
Aku kerdip mata pantas, 
Aku hembus nafas panas. 
Tatkala aku harus menyedari satu hakikat dimana aku tidak lagi istimewa disisi kau. 
Tatkala aku harus menyedari satu hakikat dimana kau telah berjaya menggantikan posisi aku. 
Aku seka air mata yang sedang deras, 
Aku hela nafas yang sedang bergetar.

Terkadang aku rasa aku silap sebab pernah letakkan kau dalam satu tempat yang sangat istimewa.
Tempat dimana hanya yang teristimewa sahaja boleh mendiami. 
Dan pada masa itu, aku rasa kau yang paling istimewa pernah hadir.
Sejujurnya, aku salah dalam memilih. 
Aku salah dalam membuat keputusan. 
Aku salah dalam berkongsi rasa. 
Kau tak pernah tahu apa yang aku alami jadi kau biarkan aku terkapai-kapai dilautan suram hati kau.

Tatkala aku melihat kau sedang berbahagia bersama si dia, 
Aku tak mampu melontarkan satu bait pun dari bibir, 
Tak mampu mengerdip mata langsung, 
Dan tak mampu juga bernafas dalam kadar yang sempurna. 

"Aku pilih dia sebab dia sempurna, aku suka dia. Aku sayang dia." 

Berkaca-kaca anak mata, 
Berlinang kelopak, 
Dan ia mulai berguguran. 
Berguguran sehingga ke bibir, 
Dan bibir jadi saksi, aku ukir satu senyum yang suram untuk tatapan engkau berdua. 
Yang sedang bahagia.