Duapuluh.

curi-curi pandang dia bila dia tak nampak. 
curi-curi perhatikan gerak geri dia bila dia berkawan. 
curi-curi senyum tengok dia bila dia bercakap. 

tenangnya.
sejuknya hati. 
redupnya mata.

tapi-- 
satu hakikat aku harus tahu
dia tak pernah pandang
dia tak pernah nampak
dia tak pernah perasan 
dan
dia takkan pernah tahu
bahawasanya 
hati kecil ini sudah jatuh hati padanya. 

pujuk hati sendiri
dia tak nampak aku
dia hanya nampak diri dia
dalam dunia dia. 

ya, dalam dunia dia hanya ada dia. 
dia sahaja.