Lapanbelas.

dan bila kau rasa semua orang tak perlukan kau lagi, 
percayalah. 
ada sebab kenapa mereka berlalu pergi, 
mungkin kerana mereka penat
mungkin kerana mereka sudah jumpa yang lebih hebat 
atau mungkin kerana mereka ingin bina kehidupan serba baru. 

atau mungkin--
Tuhan tidak mahu kau derita di masa depan,
dimana mereka sendiri akan memberi binasa
kepada kau. 
sadarlah, 
pada ketika itu
yang Tuhan amat menyayangi 
terlalu mengasihi
hamba-Nya.

syukur, kita masih punya Dia, 
masih lagi.