Engkau kalau nak bergurau, biar kena tempat.
Nak bercakap, biar pasang lapik tebal-tebal.
Pakai kias-kias sikit,
Baru orang tak sakit hati.
"Kenapa kena kias? Aku kan straight to the point orangnya."
Peduli apa aku dengan kau punya straight to the point.
Kau ingat orang suka bila kau jadi direct sangat?
Terkadang, kena main kias-kias baru okay.
Kurang sikit nafsu orang tu nak marah.
Orang zaman sekarang takboleh dibawa bergurau.
Kalau ada pun, segelintir je.
Itu pun boleh dikira-dibilang-dihitung-dihisab pakai jari.
Lebih sikit, guna calculator.
Anak muda cakap, bodoh tu simpan sikit.
Mana tahu esok lusa nak pakai.
Tapi kalau aku, aku cakap cemni ----
Bodoh tu jaga sikit, jangan bagi dia berekor.
Bila dah berekor, kerja dia nak mengikut kau je.
Kau tu bodoh, yang bodoh berekor tu ikut kau,
Bertambahlah kapasiti bodoh dalam otak kau yang tak berapa nak besar gigabyte dia tu.
Kita ni kalau dah kurang pandai, belajar.
Amik tahu, hidup dengan orang sekeliling.
Bukan duduk bawah kain batik mak lagi,
Bukan sibuk dok chatting Facebook, test market sana-sini.
Hadap orang, hiburkan diri dengan komuniti.
Bukan sibuk look around dekat Wechat hari-hari
Jangan jadi komuniti "zombie", dik.